KANAK-KANAK DERITA TUMOR PERLU BANTUAN

KISAH KEHIDUPAN – KANAK-KANAK DERITA TUMOR PERLU BANTUAN

Dalam hidup ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada menempuh ujian daripada Tuhan, yang membezakan adalah bagaimana kita melaluinya.

Begitu juga nasib hidup seorang kanak-kanak lelaki ini diduga dengan penyakit, ditambah pula dengan kedaifan hidup keluarga, yang kini semakin buntu mencari jalan untuk merawatnya.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Shabie Delos Reyes Fabian, kanak-kanak yang bernama Firdaus ini memerlukan bantuan dana untuk ubat-ubatan bagi merawat penyakit tumor yang sedang dideritai olehnya.

Baca Lanjut

COVID-19: HOSPITAL DI PERAK KINI ZERO PESAKIT

COVID-19: HOSPITAL DI PERAK KINI ZERO PESAKIT

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu bahawa tiada lagi pesakit COVID-19 sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negeri itu.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming hari ini.

“Hospital-hospital seluruh negeri Perak adalah zero pesakit COVID-19, alhamdulillah,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan COVID-19 kepada kerajaan negeri di pejabatnya di sini, hari ini.

Baca Lanjut

NETIZEN INDONESIA ‘SERANG’ INSTAGRAM KKM GARA-GARA SALAH FAHAM KES IMPORT COVID-19

TERKINI – NETIZEN INDONESIA ‘SERANG’ INSTAGRAM KKM GARA-GARA SALAH FAHAM KES IMPORT COVID-19

Akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia di Instagram hari ini ‘diserang’ netizen Indonesia selepas berlaku salah faham mengenai kenyataan kes import COVID-19 dari Indonesia yang dicatatkan di negara ini.

Kenyataan Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mengatakan 70 peratus kes import COVID-19 di Malaysia adalah berpunca daripada Indonesia seperti dilaporkan Malaysiakini.

Peratusan itu menurut beliau merujuk kepada 99 orang pesakit yang baru tiba dari Indonesia sejak pelaksanaan kuarantin wajib dijalankan di negara ini.

Baca Lanjut

TEMUI AJAL 6 RAMADAN, ‘RIDER’ FOODPANDA MAUT KEMALANGAN

KEMALANGAN – TEMUI AJAL 6 RAMADAN, ‘RIDER’ FOODPANDA MAUT KEMALANGAN

Seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman dilaporkan maut apabila motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pagi (semalam) tadi.

Posting kejadian berkenaan dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Ezzan Danial dengan memuat naik beberapa keping gambar termasuk kad pengenalan mangsa.

Innalillahiwainnaillahirajiun!

Baca Lanjut