PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini masih dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

Baca Lanjut

PENJANA KERJAYA 3.0: PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA (PEMULIH)

INFO: PENJANA KERJAYA 3.0 – PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA (PEMULIH)

Penambahbaikan program PenjanaKerjaya atau Penjana Kerjaya 3.0 telah diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) khusus untuk merangsang pengambilan pekerjaan oleh majikan dan pencarian pekerjaan kepada pencari kerja.

Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Sama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda mungkin layak untuk menerima manfaat daripada program ini. Jom ketahui lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara daftar PENJANAKERJAYA 3.0 ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA: BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

INFO: PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA – BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca Lanjut

HAIZUL FAKARUDIN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

TERKINI – HAIZUL FAKARUDIN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan sebagai Setiausaha Kehormat yang baharu berkuat serta-merta bagi memperkasa gerakan NGO usahawan yang diusahakan oleh PUBI Perak sejak penubuhannya pada 15 April 2016 yang lalu.

Haizul Fakarudin (40), mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang keusahawan dan NGO telah menjadi Ahli persatuan pada awal penubuhan persatuan serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi tahun 2016 sehingga 2017 yang lalu.

Beliau juga merupakan pengasas bersama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan telah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penaja koperasi pada 15 Disember 2017.

Baca Lanjut