KISAH KEHIDUPAN – KANAK-KANAK DERITA TUMOR PERLU BANTUAN

Dalam hidup ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada menempuh ujian daripada Tuhan, yang membezakan adalah bagaimana kita melaluinya.

Begitu juga nasib hidup seorang kanak-kanak lelaki ini diduga dengan penyakit, ditambah pula dengan kedaifan hidup keluarga, yang kini semakin buntu mencari jalan untuk merawatnya.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Shabie Delos Reyes Fabian, kanak-kanak yang bernama Firdaus ini memerlukan bantuan dana untuk ubat-ubatan bagi merawat penyakit tumor yang sedang dideritai olehnya.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Temui Ajal 6 Ramadan, ‘Rider’ Foodpanda Maut Kemalangan

Ibunya yang memikul tanggungjawab memelihara anak ini sudah hilang punca pendapatan buat masa ini memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan telah menyukarkan lagi keadaan.

Dimaklumkan, kanak-kanak ini tinggal di Kampung Batu Putih Jambatan 3, Sandakan, Sabah. Justeru kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor ibu beliau di nombor 010-568 5510 (Pn. Linda) atau 017-834 4232 (Shabie).

Simpati melihat nasib adik Firdaus ini, rata-rata netizen tidak putus-putus menyampaikan doa dan berharap kanak-kanak ini segera sembuh.

Semoga selepas ini ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada adik Firdaus, tengok sahaja sakit yang dialaminya sudah cukup membuatkan jiwa kita meruntun.




SEMOGA ADIK INI DIBERI KESEMBUHAN UNTUKNYA, AMIN..

Sumber: Sandakan kini, Blog Oh My Media!