COVID-19: HOSPITAL DI PERAK KINI ZERO PESAKIT

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu bahawa tiada lagi pesakit COVID-19 sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negeri itu.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming hari ini.

“Hospital-hospital seluruh negeri Perak adalah zero pesakit COVID-19, alhamdulillah,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan COVID-19 kepada kerajaan negeri di pejabatnya di sini, hari ini.

BACA LANJUT: Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import Covid-19

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berakhir.

“PKP masih ada, yang kerajaan umumkan adalah boleh naik kereta dua orang, itupun untuk alasan yang benar-benar munasabah, nak beli barang dan sebagainya.

“Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, jika perlu keluar bersama dengan isteri atau berdua, dalam kenderaan, tetap penjarakan sosial itu mesti diamalkan dan sentiasa membersihkan tangan dengan betul.

“Itu saya fikir itu satu budaya baru yang kita perlu amalkan selama-lamanya,” ujarnya.

Infografik berikut menunjukkan Mukim tanpa kes baharu COVID-19 selepas 14 hari dan selepas 28 hari.

Sumber: Suara Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak