LOGIN SISTEM SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN (myTNB)

INFO: LOGIN SISTEM SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN (myTNB)

Bermula awal Januari 2019, seramai 185,000 rakyat Malaysia akan menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan. Terkini, golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar di dalam Sistem e-Kasih adalah layak mendapat rebat bil elektrik RM40.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah menyeru agar mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti. Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapat bantuan kerajaan ini.

Sebanyak RM80 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut. Berikut dikongsikan panduan lengkap bagaimana untuk membuat semakan rebat bil elektrik ini.

Baca Lanjut

INTIPATI PELAN PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)

INFO: INTIPATI PELAN PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menerusi PEMULIH, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 bilion melalui suntikan langsung fiskal bernilai sebanyak RM10 bilion.

Pelaksanaan PEMULIH adalah kesinambungan daripada Pelan Pemulihan Negara atau PPN bagi peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa.

Baca Lanjut

PEMULIH: SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

INFO: PEMULIH – SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

Kini sedang berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.

Berikut antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Baca Lanjut

PERMOHONAN S3P MARA: SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

INFO: PERMOHONAN S3P MARA – SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

Para usahawan perniagaan mikro yang menghadapi krisis akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).

S3P ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan yang terlibat boleh membuat permohonan kepada pihak MARA bagi skim pembiayaan ini.

Baca Lanjut