SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55 TAHUN YB DATO’ ZAINOL FADZI

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55 TAHUN YB DATO’ ZAINOL FADZI

PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak di atas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-55 tahun.

Semoga Allah melanjutkan usia Yang Berhormat Dato’ serta dikurniakan kesihatan yang baik dariNya dan terus dirahmati oleh Allah S.W.T.

Kami berharap Yang Berhormat Dato’ dapat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, peniaga kecil serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa PUBI & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (JADUAL BULANAN MULAI OGOS 2021)

INFO: TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (JADUAL BULANAN MULAI OGOS 2021)

Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan pertama ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Berikut adalah cara membuat semakan:

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH RM500 / 3 BULAN (JKM)

INFO: PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH RM500 / 3 BULAN (JKM)

Di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Bantuan Kewangan Khas OKU disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Di sini dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Kewangan Khas OKU RM500 di bawah Pakej PEMULIH.

Semoga info ini akan memberi manfaat kepada semua.

Baca Lanjut

KerjayaGig PERKESO: INSENTIF PEKERJA SEHINGGA RM3,600

INFO: KerjayaGig PERKESO – INSENTIF PEKERJA SEHINGGA RM3,600

Selaras dengan pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan insentif pengambilan pekerja di bawah Penjana Kerjaya 3.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig.

Apakah itu Program KerjayaGig dan syarat kelayakannya?

Berikut dikongsikan maklumat lengkap tentang KerjayaGig PERKESO bagi makluman bersama.

Baca Lanjut