LAWATAN KERJA KOPUBI KE KOLAM TERNAKAN IKAN & KETAM NIPAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 2hb Disember 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kali kedua ke Kolam Ternakan Ikan dan Ketam Nipah milik salah seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Lekir, Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus dan juga seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Safuan Othman.

Tujuan utama lawatan kerja kali kedua ini adalah untuk membincangkan sebuah usahasama strategik di antara pihak koperasi dan juga anggota bagi menjalankan sebuah projek pertenakan ikan mahupun ketam nipah yang telah dilaksanakan oleh Anggota Koperasi ini.

Baca Lanjut

eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

INFO – eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Baca Lanjut

KAD DISKAUN KHAS INSENTIF ISTIMEWA BUAT PENGUSAHA MENU RAHMAH

INF0 – KAD DISKAUN KHAS INSENTIF ISTIMEWA BUAT PENGUSAHA MENU RAHMAH

Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan masih lagi wujud walaupun tidak lagi mendapat liputan meluas dan usaha ini dipergiatkan dengan pengenalan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Pada 31 Januari lalu, inisiatif Menu Rahmah dilancarkan dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Baca Lanjut

KONVENSYEN PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR 2023

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 11hb Oktober 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyertai sebuah anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar iaitu Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu.

Mengetuai deligrasi PUBI Perak ke konvensyen gilang gemilang ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan telah disertai juga oleh oleh En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Persatuan, Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan dan En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Baca Lanjut