ABANG, AYANG RINDUKAN ABANG

” ABANG…… AYANG RINDUKAN ABANG…. RINDU SANGAT ABANG…. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA.. RINDU YANG TIADA NOKTAHNYA……..”

Begitulah luahan hati seorang isteri di dalam sebuah ‘posting’ facebook yang dikemaskini pada hari ini dan telah mendapat lebih 3,000 reaksi daripada warga netizen serta telah dikongsi oleh lebih 1,400 pengguna facebook.

Kejadian yang telah menimpa ke atas dirinya itu telah berlaku genap sebulan pada hari ini dan beliau meluahkan kesedihan dan kerinduan beliau terhadap suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya.

Melalui ‘posting’nya itu, beliau turut memaklumkan bahawa suaminya telah terlibat di dalam kemalangan pada 12hb Disember 2019 yang lalu dan telah terkorban serta meninggalkan seorang anak mereka yang masih kecil.

Baca Lanjut

SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4 2020

INFO – SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4 2020

Sumber : Semakan Online

Ibu bapa boleh membuat semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 tahun 2020 bermula hari ini, 8 – 13 Januari. Bagi kemasukan tingkatan 1, semakan boleh dibuat hujung tahun lepas.

Permohonan SBP tingkatan 4 dibuka bulan Ogos tahun lepas di mana ibu bapa boleh mengisi borang permohonan online sebelum PT3 diumumkan. Selain itu, ibu bapa juga boleh memohon kemasukan ke MRSM.

Baca: Ranking SBP Terbaik 2020

Baca Lanjut

NAK BANTUAN SEKOLAH RM500 – RM1000 TAK?

INFO – PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA (INSPIRASIKU)

Sumber: YaPEIM (Official)

Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, JAPEIM mensasarkan 40,000 pelajar sekolah redah dan menengah, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu.

Jumlah Bantuan:
Sehingga RM500 untuk sekolah rendah
Sehingga RM500 untuk sekolah menengah
Sehingga RM1000 untuk institut pengajian tinggi

Borang permohonan (gambar ke 2, 3 dan 4) boleh dicetak dan diisi.

Kepada yang ingin memohon secara ONLINE, boleh rujuk pautan dalam gambar ke 5.

Baca Lanjut