COVID-19: ALIFF SYUKRI TERKEJUT DAN SEDIH PERMOHONAN BPN TIDAK LULUS

Gambar: Google

COVID-19: ALIFF SYUKRI TERKEJUT DAN SEDIH PERMOHONAN BPN TIDAK LULUS

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila mengetahui dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

Menurut Aliff, sebagai usahawan dia turut terkesan apabila jualan perniagaannya merudum teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini.

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak!

Baca Lanjut

COVID-19: PELAKON, PUTERI AISHAH DISAHKAN POSITIF

COVID-19: PELAKON, PUTERI AISHAH DISAHKAN POSITIF

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, di sini, petang semalam.

Berita itu dimaklumkan pengurus pelakon itu, Iman Tang melalui entri di Instagram, sebentar tadi.

Baca Lanjut

HINA PETUGAS HOSPITAL PUTRAJAYA, AZWAN ALI DIDENDA RM17,000

HIBURAN – HINA PETUGAS HOSPITAL PUTRAJAYA, AZWAN ALI DIDENDA RM17,000

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Selebriti yang sering mengundang kontroversi, Azwan Ali didenda RM17,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya, sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Azwan, 54, atau dikenali dengan gelaran “Diva AA” selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Azwan didakwa secara sedar telah menggunakan laman sosial Youtubenya, “DIVAAATERSOHOR” telah membuat penghantaran bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan perbuatan itu telah ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya, 24 Mac lepas.

Baca Lanjut

PENYANYI POPULAR MAYA DENGAN LAGU ‘MATAHARI’ MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER TISU

TERKINI PENYANYI POPULAR MAYA ‘MATAHARI’ MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER TISU

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu.

Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Baca Lanjut