IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Gambar Harian Metro

TERKINI: IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

KERAJAAN memutuskan menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang,pada 9 Jun.

Baca Lanjut

PAHIT MANIS 84 HARI BERHUJAN BERPANAS, TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN!

COVID-19: PAHIT MANIS 84 HARI BERHUJAN BERPANAS, TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN!

GOMBAK – Tepat jam 12 tengah malam tadi barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malayia mengakhiri segala cabaran pahit manis selama 84 hari melaksanakan sekatan jalan raya dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Sekatan jalan raya mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kemudiannya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Kini tanggungjawab perjuangan memutuskan rantaian Covid-19 beralih sepenuhnya ke bahu rakyat jelata yang sudah diberikan kebebasan untuk bergerak seperti normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini  hingga 31 Ogos 2020.

Baca Lanjut

TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

TERKINI: TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

PENCAPAIAN membanggakan apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan rakyat tempatan di dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah pencapaian boleh dibanggakan selepas pelbagai usaha dilaksanakan menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara.

Baca Lanjut