SIAPA YANG SINGGAH DI KEDAI NASI KANDAR PEKAN NAPOH, SILA BUAT SARINGAN COVID-19

Gambar – Harian Metro

TERKINI: SIAPA YANG SINGGAH DI KEDAI NASI KANDAR PEKAN NAPOH, SILA BUAT SARINGAN COVID-19

POLIS meminta kerjasama orang ramai yang pernah makan atau singgah di sebuah kedai nasi kandar Pekan Napoh di Jitra supaya menjalani pemeriksaan saringan di klinik kesihatan dengan segera bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19.

Mereka yang singgah makan pada 13 hingga 24 Julai lalu di kedai makan itu diharap dapat menjalani ujian saringan berikutan enam bukan warga negara disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, pengusaha kedai makan itu ditahan polis dan dikompaun RM1,000 kerana ingkar kuarantin 14 hari selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu dan disahkan negatif ketika menjalani pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca Lanjut

BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

Pengumuman secara langsung lanjutan moratorium dan bantuan bank Bersasar oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Belukar

TERKINI: BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

PUTRAJAYA: Pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar akan memanfaatkan tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak moratorium diperkenalkan pada 1 April lalu, sejumlah 243,000 PKS atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS menerima manfaat dengan nilai RM20.7 bilion.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Baca Lanjut

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE BERMULA 7 OGOS

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE BERMULA 7 OGOS

Pembayaran BSH fasa 3 telah bermula 24 Julai.

Manakala tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Baca Lanjut

PEMBAYARAN BSH FASA KETIGA BERMULA JUMAAT

Gambar – Harian Metro

TERKINI: PEMBAYARAN BSH FASA KETIGA BERMULA JUMAAT

PEMBAYARAN Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai Jumaat ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran itu akan dibuat berdasarkan kategori merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Baca Lanjut