KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

TERKINI: KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari; manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

PUTRAJAYA – Selepas melonjak kepada 62 kes semalam, angka positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan kepada tiga angka iaitu 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 15 kes import dan 85 kes penularan dalam negara.

“Bagi penularan dalam negara, ia melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Baca Lanjut

TARIKH AKHIR PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE

INFO: TARIKH AKHIR PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE

Pembayaran BSH fasa 3 telah bermula 24 Julai. Manakala tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda. Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH.

Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada umum bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Baca Lanjut

REMAJA BAKAR TAHFIZ PADA 2017 DIPENJARA SEHINGGA DIAMPUNKAN AGONG

Gambar – The Vocket

TERKINI: REMAJA BAKAR TAHFIZ PADA 2017 DIPENJARA SEHINGGA DIAMPUNKAN AGONG

Tertuduh utama kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur pada 2017 akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah hari ini.

Dia yang kini berusia 19 tahun menerima hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, kerana Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati .

Menurut Harian Metro, dia sebelum ini didakwa menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Baca Lanjut