KLUSTER BAHARU DI PERAK LIBATKAN BUDAK 2 TAHUN

Maklumat yang dikongsi Facebook Kementerian Kesihatan mengenai kluster baharu membabit kluster Lekir dan kluster Buntar hari ini (semalam).

TERKINI: KLUSTER BAHARU DI PERAK LIBATKAN BUDAK 2 TAHUN

IPOH – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan terdapat dua lagi kluster baharu di Perak iaitu Kluster Buntar di daerah Kerian dan Kluster Lekir di daerah Manjung.

Kedua-dua kluster tersebut masing-masing mencatatkan lima dan empat kes menjadikan sembilan kes baharu di Perak.

Menerusi perincian oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di Facebook rasmi hari ini, seorang kanak-kanak warganegara berusia dua tahun antara lima kes positif di dalam Kluster Buntar.

Baca Lanjut

SEMAKAN BPN 2.0 & KADAR BANTUAN PRIHATIAN NASIONAL BARU

INFO: SEMAKAN BPN 2.0 & KADAR BANTUAN PRIHATIAN NASIONAL BARU

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0. Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Baca Lanjut

COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

IPOH – Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah setelah mencatat bilangan kes jangkitan Koronavirus (Covid-19) terkumpul sebanyak 77 kes dalam tempoh dua minggu.

Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Perak pula melonjak sehingga 52 kes hari ini dengan satu kluster baharu dikenal pasti.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi maklumat yang dikongsi di Facebook rasmi jabatan itu memaklumkan, kes pertama hingga 48 melibatkan lelaki berusia antara 35 ke 65 tahun yang merupakan tahanan di sebuah pusat tahanan di Daerah Larut Matang dan Selam (LMS).

Baca Lanjut

PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE / DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BAHARU

INFO: PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE / DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BAHARU

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0. Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my.

Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.

Untuk makluman semua permohonan baharu BPN 2.0 kini telah dibuka kepada semua yang layak dan bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Baca Lanjut