KLUSTER BAHARU DI PERAK LIBATKAN BUDAK 2 TAHUN

Maklumat yang dikongsi Facebook Kementerian Kesihatan mengenai kluster baharu membabit kluster Lekir dan kluster Buntar hari ini (semalam).

TERKINI: KLUSTER BAHARU DI PERAK LIBATKAN BUDAK 2 TAHUN

IPOH – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan terdapat dua lagi kluster baharu di Perak iaitu Kluster Buntar di daerah Kerian dan Kluster Lekir di daerah Manjung.

Kedua-dua kluster tersebut masing-masing mencatatkan lima dan empat kes menjadikan sembilan kes baharu di Perak.

Menerusi perincian oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di Facebook rasmi hari ini, seorang kanak-kanak warganegara berusia dua tahun antara lima kes positif di dalam Kluster Buntar.

Baca Lanjut