OPERASI BAZAR RAMADAN STATION 18 ANJURAN PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Alhamdulillah, pada 12hb Mac 2024 sehingga 10hb April 2024 yang lalu, PUBI Perak telah berjaya menganjurkan sebuah Bazar Ramadan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Station 18, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

TAKLIMAT PENGANJUR BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA IPOH 2024

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 07hb Februari 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah sesi Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Ipoh 2024 anjuran Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan MBI dan telah diadakan di Dewan Sebaguna Bandar Baru Tambun, Jalan Tambun Permai di Ipoh.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

INFO – PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KOPUBI KE KOLAM TERNAKAN IKAN & KETAM NIPAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 2hb Disember 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kali kedua ke Kolam Ternakan Ikan dan Ketam Nipah milik salah seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Lekir, Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus dan juga seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Safuan Othman.

Tujuan utama lawatan kerja kali kedua ini adalah untuk membincangkan sebuah usahasama strategik di antara pihak koperasi dan juga anggota bagi menjalankan sebuah projek pertenakan ikan mahupun ketam nipah yang telah dilaksanakan oleh Anggota Koperasi ini.

Baca Lanjut