KES COVID-19 DI INDONESIA DIJANGKA CECAH SEHINGGA 700,000 PADA BULAN HADAPAN

PULASAN – DIJANGKA CECAH SEHINGGA 700,000 PADA BULAN HADAPAN

Mulai menular di China, nampaknya wabak COVID-19 sudah menjadi semakin serius di beberapa negara lain termasuk Itali, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Apa yang mengejutkan warga Indonesia serta orang ramai seluruh dunia adalah kenyataan juru bicara pemerintah COVID-19 Indonesia, Achmad Yurianto yang menjangkakan jumlah kes di negara tersebut dijangka meningkat sehingga 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April.

Baca Lanjut

COVID-19 : LEBIH 100,000 ORANG TELAH DIJANGKITI DI AMERIKA DAN ITALY KINI NOMBOR 2 DI DUNIA DENGAN 86,498 KES DILAPORKAN

COVID-19 : LEBIH 100,000 ORANG TELAH DIJANGKITI DI AMERIKA DAN ITALY KINI NOMBOR 2 DI DUNIA DENGAN 86,498 KES DILAPORKAN

Jumlah kematian di Amerika Syarikat melepasi 1,700, menjadikan peningkatan angka kematian global kepada lebih daripada 27,000 orang di seluruh dunia.

Jumlah orang yang dijangkiti dengan Covid-19 di Amerika Syarikat kini lebih daripada 104,000 pada awal hari Sabtu, menurut satu kajian Johns Hopkins University.

Dengan jumlah kematian yang melepasi 1,700 menjadikan jumlah kematian global mencecah 27,360 orang.

Baca Lanjut

PESANAN TERAKHIR MANGSA COVID-19 INI MEMBUATKAN RAMAI ‘NETIZEN’ SEBAK

KISAH KEHIDUPAN – PESANAN TERAKHIR MANGSA COVID-19 INI MEMBUATKAN RAMAI ‘NETIZEN’ SEBAK

Abang minta maaf, jaga diri baik-baik’.

“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34.

Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu. Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas sebelum meninggal dunia.

Jom Kita Doakan Satu Family Ini Sembuh Daripada Covid-19 –>

Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.

Baca Lanjut

JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19

Pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Hospital Teluk Intan telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan pembersihan susulan 37 orang petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media bahawa hospital tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya Jabatan Kecemasan hospital itu beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.

Katanya, hospital itu akan dibuka semula selepas pembersihan dijalankan dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.

Baca Lanjut