
COVID-19 : KEMATIAN DI ITALY SEMAKIN MENINGKAT DAN KINI MENCECAH LEBIH 8,200 ORANG
ROME (Italy) – Jumlah kematian akibat serangan wabak koronavirus (Covid-19) di Itali meningkat 683 kepada 7,503, kata Agensi Perlindungan Awam pada hari Rabu, penurunan dalam jumlah kematian sehari selepas kenaikan hari sebelumnya. Pada hari Selasa 743 orang mati.
Ia menyusul 602 kematian pada hari Isnin, 650 hari Ahad dan rekod 793 pada hari Sabtu – angka harian tertinggi sejak penularan itu muncul pada 21 Februari.
Jumlah kes yang disahkan di Itali meningkat kepada 74,386 daripada sebelumnya 69,176, kata Agensi Perlindungan Awam.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI