
PULASAN – DIJANGKA CECAH SEHINGGA 700,000 PADA BULAN HADAPAN
Mulai menular di China, nampaknya wabak COVID-19 sudah menjadi semakin serius di beberapa negara lain termasuk Itali, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.
Apa yang mengejutkan warga Indonesia serta orang ramai seluruh dunia adalah kenyataan juru bicara pemerintah COVID-19 Indonesia, Achmad Yurianto yang menjangkakan jumlah kes di negara tersebut dijangka meningkat sehingga 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April.
Menurut Jakarta Globe, kes COVID-19 di Indonesia dilihat semakin menaik daripada 60 sehingga 369 kes sehari. Melihat kepada populasi semasa, Achmad Yurianto menjangkakan kes ini bakal terus menular dan memberi kesan kepada ratusan ribu warga Indonesia.
Dalam usaha untuk mengatasi penularan wabak COVID-19, sebanyak satu juta kit ujian bagi pemeriksaan berskala besar bakal ditawarkan oleh kerajaan Indonesia.

Indonesia Diramal Menjadi Pusat Pandemik Covid-19 Selepas China Dan Italy? –>
Difahamkan ujian berskala besar ini cuma dikhaskan buat mereka yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19 manakala mereka yang tidak terdedah kepada wabak berkenaan tidak dibenarkan untuk mengambilnya.
Kehadiran wabak COVID-19 ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pelbagai sektor dan industri. Diharap penularan COVID-19 ini dapat diputuskan bukan sahaja di Malaysia malah di negara luar.
Sumber : The Vocket
KOMEN TERKINI