BERMULA DENGAN SEBUAH MESIN JAHIT KINI SUDAH ADA KILANG SENDIRI

SIAPA SANGKA, BERMULA DARI RUMAH MENGGUNAKAN SEBUAH MESIN JAHIT, DAN NIAT NAK BANTU MENAMBAHKAN PENDAPATAN SEISI KELUARGA, JENAMA SABELLA KINI MAMPU BERDIRI GAH DENGAN PEMBUKAAN KILANG SELUAS 30,000 KAKI PERSEGI.

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd kerana pada tarikh 1 Januari 2020 mereka telah mengadakan majlis perasmian kilang baru mereka yang besar.

Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah sebuah kilang anak melayu bumiputera yang bakal menggegarkan industri tekstil di negara kita ini.

Baca Lanjut

DULU DIPERLEKEH JUAL SUSU SEGAR TUMPANG BAS, KINI JENAMANYA RAIH JUTAAN RINGGIT

BAGI SEORANG USAHAWAN, PASTINYA PERNAH MELALUI PERMULAAN YANG AGAK SUKAR SEBELUM BERJAYA. SAMA JUGA DENGAN KISAH LELAKI INI SEWAKTU MULA BERJINAK DENGAN DUNIA KEUSAHAWANAN 10 TAHUN YANG LEPAS.

Di dalam satu perkongsian di laman Facebook, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Tuan Azmi Zainal telah berkongsi tentang kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Kini jenama syarikat beliau telah memasuki pasaran antarabangsa. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian Tuan Azmi Zainal.

Baca Lanjut

BEKERJA SENDIRI BOLEH CARUM PERKESO MULAI ESOK

KUALA LUMPUR: SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) DIPERLUASKAN KEPADA 19 SEKTOR TIDAK FORMAL LAIN DI SELURUH NEGARA, BERKUAT KUASA ESOK.

Inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 2.8 juta orang bekerja sendiri (OBS) yang mempunyai taraf warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tanpa mengira had umur, sekali gus membolehkan mereka mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah memperluaskan skim itu dilaksana susulan Perintah Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Pindaan Jadual Pertama) 2019 dalam warta Kerajaan Persekutuan, PU (A) 374/2019.

Baca Lanjut

KISAH JUTAWAN HARTANAH MK LAND

TAN SRI MUSTAPHA KAMAL ABU BAKAR ADALAH PENGERUSI EKSEKUTIF, MK LAND HOLDINGS BERHAD, IAITU SYARIKAT PEMBANGUNAN HARTANAH YANG DITUBUHKAN PADA 2 OGOS 1978 DAN DISENARAIKAN DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR (BSKL) PADA 8 JUN 1992.

Jom kita selami kisah kejayaan beliau dan bagaimana segalanya bermula. Nama MK Land sudah tidak asing di kalangan kita namun adakah kita mengenali individu di belakang Syarikat Hartanah yang sangat berpengaruh di Malaysia ini.

Mungkin ada satu dua perkara yang boleh kita pelajari dari kisah jutawan hartanah ini. Jom kita soroti kisah ini. Semoga kita mendapat inspirasi dan semangat untuk terus berjaya di dalam perniagaan yang kita ceburi.

Baca Lanjut