KISAH KEJAYAAN : INI RUPANYA RAHSIA KEJAYAAN PENGASAS DNARS SKINCARE

Al-Fatihah buat arwah Faziani Rohban Ahmad yang telah meninggalkan kita semua pada Ramadan 2019 yang lalu. Ramai yang menyifatkan pengasas Dnars Skincare ini sebagai Srikandi Islam Siti Khadijah yang moden. Kami yakin anda pasti teruja untuk melihat apakah kisah di sebalik kejayaan dan kekayaan beliau.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bonia: Anak Penoreh Getah Yang Menjadi Jutawan Fesyen Dan Syarikat Tersenarai Di Pasaran Saham

PERJALANAN KEHIDUPAN FAZIANI ROHBAN

Beliau berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan dan mempunyai keturunan Pakistan di sebelah bapanya. Sejak daripada kecil lagi, beliau amat meminati bidang kecantikan dan sering melaram tampil cantik di hadapan orang ramai. Sikapnya yang sering mengamalkan petua kecantikan semulajadi neneknya, berterusan sehingga ke alam persekolahan. 

Seterusnya, beliau mula menceburi diri dalam bidang salon dan kecantikan dek kerana minat yang mendalam. Pengasas produk ini bermula dengan hanya menjual produk kosmetik dan membuka salon selama 3 tahun.  Akhirnya, beliau bergerak mengusahakan produknya sendiri pada tahun 2011 kerana berfikir sudah tiba masanya.

Produk pertama yang dikeluarkan oleh Faziani adalah sabun badan.  Pada mulanya dijual dari mulut ke mulut, melalui majalah Mingguan Wanita, sehingga kini masih ramai yang setia menggunakan Dnars Skincare. Tidak hairanlah kenapa Dnars Skincare begitu laris, ia diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat dan terbukti berkesan!

RAHSIA UTAMA KEJAYAAN PENGASAS DNARS SKINCARE

Rahsia kejayaan beliau yang ramai tidak tahu adalah beliau lebih selesa dikenali sebagai jurucakap produk berbanding terkenal sebagai pengasas produk di media.  Bukan calang-calang orang, Puan Faziani Rohban ini sangat rendah diri dan lebih suka fikirkan tentang orang yang kurang bernasib baik berbanding mengejar kekayaan dunia. 

Ramai orang yang tidak mengenali siapakah di sebalik kejayaan yang beliau kecapi. Beliau banyak membantu ahli keluarga, saudara-mara, pekerja syarikat beliau dan ramai lagi. Paling mengejutkan, ramai yang tidak tahu bahawa usahawan berjaya ini banyak berkongsi rezeki dan menggunakan hartanya di jalan Allah SWT.

Lebih menarik lagi, di atas sikap yang ditunjukkan olehnya, beliau berjaya membuatkan pembantu rumahnya yang berbangsa Filipina berminat dengan agama Islam dan akhirnya memeluk Islam.  Begitu indahnya kehidupan beliau yang diterapkan bersama keluarga tersayang. Pastinya menjadi contoh dan inspirasi buat anda dan orang sekeliling anda!

Sentiasalah berfikiran positif, tunjukkan teladan yang baik, amalkan hidup yang sederhana biarpun kita dilimpahkan kekayaan. Gunakanlah kekayaan untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT, pasti kita akan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sumber: Majalah Labur

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD