KENALI 9 ORANG BILIONAIRE YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT WABAK COVID-19

BISNES – KENALI 9 ORANG BILIONAIRE YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT WABAK COVID-19

Covid-19 kini telah menjadi isu yang sangat besar di seluruh dunia. Keadaan ekonomi yang semakin rapuh menyebabkan banyak industri yang terkesan dengan penularan wabak ini.

Di Malaysia, rang awam yang mula panik telah memenuhi pasaraya untuk membeli barang keperluan disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang mewajibkan langkah kawal pergerakan berkuatkasa dengan segera. Hanya negara China yang kini menunjukan penurunan yang semakin ketara disebabkan tindakan tegas yang dilakukan oleh negara tersebut mengekang wabak ini.

Virus yang tidak kenal golongan kaya atau miskin ini, telah memberi satu kejutan kepada dunia. Selain dari orang biasa yang mengalami kesukaran kesan dari virus ini, golongan bilionaire juga turut terkesan dan terjejas teruk.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 12hb Mac 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Berusaha En Azrul Sani Bin Ibrahim selaku Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak di bangunan SUK Negeri Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi koperasi dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami merangkap Timbalan Pengerusi PUBI Perak.

Pada perjumpaan ini, KOPUBI Perak Bhd telah diberi kesempatan untuk membentangkan kertas kerja bagi pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam Peringkat Negeri Perak yang bakal dianjurkan tidak lama lagi.

Baca Lanjut

ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

TERKINI – ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Angka tersebut melebihi jumlah kematian di China yang setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Baca Lanjut

MORATORIUM PEMBIAYAAN BANK DISEBABKAN OLEH WABAK COVID-19

MORATORIUM PEMBIAYAAN BANK DISEBABKAN OLEH WABAK COVID-19

Apa itu moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

Baca Lanjut