PERMOHONAN BSH 2020

INFO: PERMOHONAN BSH 2020

Untuk makluman semua rakyat Malaysia bahawa tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH).

Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2020 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2020.

Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2020 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2020 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2020.

Baca Lanjut

PENCUCI PINGGAN JADI TOKEY SABUN

KEJAYAAN PENGELUAR PRODUK SABUN CECAIR BERJENAMA DO’ZEE, SR ASIA ROSOURCES SDN BHD (SR ASIA) ADALAH LUAR BIASA KERANA PEMILIKNYA, DATUK MOHD SYUKRI IBHRIM TIDAK MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG TINGGI DAN DATANG DARI KELUARGA YANG KURANG BERADA.

Anak kelahiran Kedah ini berkata, apa yang dimiliki kini bukanlah diperoleh dalam tempoh singkat dan pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.

Beliau bersyukur kerana persoalan mengenai sabun yang bermain di benaknya ketika mencuci pinggan beberapa tahun lalu membawanya terlibat dalam perniagaan.

“Terdetik dalam hati saya bagaimana sabun dihasilkan dan ia menjadi produk penting dalam kehidupan seharian. Sabun sentiasa digunakan dan wajib ada dalam setiap rumah dan dalam pelbagai industri.

“Bermula dari detik itu, saya berazam mahu berniaga sabun. Alhamdulillah, inspirasi daripada melihat sabun ketika mencuci pinggan telah membuka jalan untuk menghasilkan sabun walaupun tanpa sebarang kemahiran yang asas mengenai pembuatan sabun,” katanya.

Kini, dengan ketekunan dan usaha sabun Do’zee yang dijenamakan semula daripada Top5 menjadi pilihan utama isi rumah dan industri Malahan, SR Asia juga menjadi peneraju utama dalam segmen pencuci dan bahan pencuci di negara ini di mana Mohd Syukri bersama kakitangannya yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Baca Lanjut

KISAH SEORANG BARBER YANG TIDAK HABIS SEKOLAH

NAUFAL AIZAT SEAWAL BERUMUR 15TAHUN SUDAH BERHENTI SEKOLAH. HANYA MENGHABISKAN MASA DENGAN BELAJAR DI GIAT MARA GOPENG, PATUH KEPADA SEGALA TUNJUK AJAR GURUNYA. GURU YANG SANGAT2 IKHLAS MEMBERI ILMU KEPADA ANAK DIDIKNYA.

Coretan daripada Facebook Pn. Aida Yusoff

Sabar dengan dugaan yang datang….tabah menghadapi rintangan…mula bekerja di kedai milikan orang, terpaksa berhenti bekerja di kedai gunting kerana menjaga ayah yg terlantar di hospital, maka mulalah berjinak2 dengan perkhidmatan rumah ke rumah dgn bas dan perkhidmatan grab… sehinggalah mampu memiliki lesen motor. Dapat sahaja lesen motor, ayah tercinta pula telah pergi buat selama2nya.

Akhirnya…berkat keberanian dan kecekalannya, mampu membuka kedai yang pada mulanya 1 kerusi sahaja, tanpa air-cond dan kerusi budak.
Alhamdulillah….awal 2020, sudah mula ada 3 kerusi, air-cond sudah dipasang dan sudah mula menjadi tenaga pengajar. Malah sudah mempunyai seorang anak muda sebagai pembantu di BARBERSHOP beliau.

Baca Lanjut

CUACA PANAS, KERING LANDA MALAYSIA SEHINGGA MAC

CUACA PANAS, KERING LANDA MALAYSIA SEHINGGA MAC

SHAH ALAM – Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.

Menurut kenyataan itu, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu.

Baca Lanjut