KUNJUNG HOTMAT GENERAL MANAGER COPTHORNE CAMERON HIGHLANDS

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh wakil daripada salah sebuah hotel penginapan yang ternama di Cameron Highlands iaitu Copthorne Cameron Highlands

Mewakili hotel ini adalah General Manager Mr Patrick Tee dan Pn Rosmaliza Mutalib selaku Corporate Relations Manager Copthorne Cameron Highlands.

Mewakili pihak koperasi pula adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi, En Fhami merangkap Timbalan Pengerusi bagi Kumpulan PUBI.

Baca Lanjut

BENGKEL PERSEDIAAN & PEMANTAPAN KERTAS KERJA USAHAWANITA

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 18hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita (JKPW) PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat khas untuk kaum wanita iaitu Bengkel Persediaan & Pemantapan Kertas Kerja Usahawanita.

Kami sangat memahami bahawa ramai di antara kita yang kurang berkeyakinan serta mempunyai kerisauan tertentu di dalam menyediakan kertas kerja dan kekurangan ilmu tentang dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam menyediakan kertas kerja yang mantap bagi tujuan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

KETAHUI LANGKAH-LANGKAH CEGAH JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS

#JomBeringat

INFO – KETAHUI LANGKAH-LANGKAH CEGAH JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS

Angka kematian akibat jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) kini telah menjangkau 41 orang di China, dengan sejumlah 1,316 kes dilaporkan di 14 buah negara.

Kerajaan Malaysia sedang berusaha keras menghalang virus maut tersebut dari merebak ke negara ini dengan melakukan pemeriksaan terhadap pelancong atau pelawat di semua pintu laluan masuk.

Baca Lanjut

RM2 JUTA DIMENANGI OLEH ORANG PERAK! BETUL-BETUL REZEKI…

Kredit Photo : Bernama

INFO – RM2 JUTA DIMENANGI OLEH ORANG PERAK! BETUL-BETUL REZEKI…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah ‘Super Jutawan’ BSN siapa yang tahu.

Wan Khadijah binti Abdul Rahman daripada Perak adalah antara insan bertuah kerana telah diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Disember 2019.

Baca Lanjut