
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 18hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita (JKPW) PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat khas untuk kaum wanita iaitu Bengkel Persediaan & Pemantapan Kertas Kerja Usahawanita.
Kami sangat memahami bahawa ramai di antara kita yang kurang berkeyakinan serta mempunyai kerisauan tertentu di dalam menyediakan kertas kerja dan kekurangan ilmu tentang dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam menyediakan kertas kerja yang mantap bagi tujuan mengembangkan perniagaan masing-masing.
Bagi mengurangkan bebanan dan tekanan di dalam menyediakan kertas kerja yang ingin disediakan oleh usahawanita dan bakal usahawnita di Negeri Perak ini maka PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita ini sangat berbesar hati untuk membantu para peserta yang hadir dengan memberi panduan khusus yang sangat ekslusif serta memberi manfaat yang besar buat peserta yang hadir ke bengkel ini.
Dengan pelaburan yang sangat minima peserta telah dibimbing sehinga berjaya menghasilkan sebuah Kertas Kerja yang mengagumkan dan meningkatkan peluang mereka untuk mendapat dana serta projek-projek yang menjanjikan pulangan kepada perniagaan masing-masing.
Modul Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang pengalaman dan telah mendapat bantuan perniagaan dari beberapa agensi kerajaan pada 2019.
Jom Daftar – Bengkel Kemahiran Membuat Mee Kuning (Siri Ke-4) –>

ANTARA TOPIK-TOPIK YANG TELAH DIKONGSIKAN KEPADA PESERTA YANG HADIR KE BENGKEL INI ADALAH ;
- Persediaan akaun harian anda
- Persediaan profil syarikat
- Mentor terhadap pencarian dana perniagaan
- Pengetahuan tentang peluangan geran
- Peluang menyertai booth/karnival
Tenaga pengajar juga telah berjaya membantu beberapa usahawan dalam mendapatkan bantuan perniagaan dan dana seperti berikut;
- Perniagaan Asas Tani – RM20,000.00
- Dana Usahawan Muda 19 tahun – RM25,000
- Syarikat Trading – RM80,000
Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing.
Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua. Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
Pn Aini Safina Binti Jamaluddin
Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak
KOMEN TERKINI