BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

BERITA BAIK – BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah melancarkan bantuan khas kelangsungan hidup baru-baru ini telah mula menyalurkan wang bantuan tersebut ke dalam akaun penerima masing-masing mulai hari ini.

MAIPk yang menyedari bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak dan kesan kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf dan pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.

Baca Lanjut

DOKTOR MENGAKU TIDAK BERSALAH LANGGAR PKP DI PULAU PINANG

Dr Ong Hean Teik didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan dengan berjoging di taman, 2 minggu lalu.

TERKINI – DOKTOR MENGAKU TIDAK BERSALAH LANGGAR PKP DI PULAU PINANG

GEORGETOWN – Seorang doktor pakar jantung mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dua minggu lalu.

Tertuduh, Dr Ong Hean Teik membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap di Mahkamah Majistret Georgetown di sini tadi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 61 tahun itu didakwa dengan sukarela menghalang seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Baca Lanjut

DOKTOR, BAYI DIKEBUMIKAN DALAM SATU LIANG

Gambar : BH Online

TERKINI – DOKTOR, BAYI DIKEBUMIKAN DALAM SATU LIANG

RANTAU PANJANG: Jenazah seorang doktor bersama bayinya yang terkorban dalam kemalangan, hari ini, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, jam 9.55 malam tadi.

Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi berusia sembilan bulan, maut apabila van Jabatan Kesihatan yang dinaiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, pagi tadi.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu dibawa menggunakan van jenazah dengan diiringi kenderaan polis pada jam 8.35 malam ke kediaman mangsa di Jalan Sekolah Cina, di sini.

Baca Lanjut

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA PENGASUH

Gambar : Google

TERKINI – KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA PENGASUH

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini hari ini dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, susulan kematian kanak-kanak itu pada jam 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

Baca Lanjut