DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

‘Posting’ ini diambil dari facebook seorang doktor yang sedang merawat Pesakit Covid-19 di sebuah hospital. Pada waktu posting ini disalin, seramai 2,900 orang telah memberi komen, 6,200 perkongsian dan 20,000 reaksi (Suka & Sedih).

Jom kita hayati apa yang dinukilkan oleh doktor pada posting beliau tersebut;

Baca Lanjut

SUSPEK ROGOL, BUNUH DITANGKAP KETIKA TIDUR

TERKINI – SUSPEK ROGOL, BUNUH DITANGKAP KETIKA TIDUR

SUSPEK kes rogol ibu tunggal dan bunuh seorang lelaki di Kampung Mujur Jelawat, Bachok akhirnya berjaya ditangkap polis, pagi tadi.

Suspek berusia 19 tahun itu ditangkap polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, pada 10.30 pagi tadi di sebuah rumah hasil risikan mereka.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintedan, Samsulmuddin Sulaiman berkata, suspek ditangkap ketika sedang tidur di rumah berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku kejadian jenayah itu.

Baca Lanjut

COVID-19: AGONG DAN PERMAISURI TIDAK AMBIL EMOLUMEN DIRAJA SELAMA 6 BULAN

KUALA LUMPUR: : Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.

Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.

Baca Lanjut

NURSAHIRA DIDENDA RM10,000, PENJARA 3 BULAN

TERKINI – NURSAHIRA DIDENDA RM10,000, PENJARA 3 BULAN

MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Baca Lanjut