KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 22hb September 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Kolam Ternakan Ikan dan Ketam Nipah milik salah seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Lekir, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Ahli Lembaga Koperasi En Safuan Othman.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri pertenakan ikan dan ketam Nipah di negara kita ini terutamanya di dalam sektor perikanan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Bicara Ilmu Memperkasa Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Koperasi
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Amirul Aniq yang telah menerima kunjungan KOPUBI dan memberi layanan yang terbaik kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI yang hadir pada lawatan kerja tersebut.
Untuk makluman semua, kolam ternakan ini sangat luas serta mampu memuatkan sebanyak 1,000 ekor ikan ternakan di dalam satu masa disamping ternakan ketam.
Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu era pasca pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia baru-baru ini.
Kami mendoakan agar jenama pertanian dan petenakan akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI