PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 22hb September 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus usahawan iaitu Bengkel Intensif & Latihan eUsahawan serta telah berlangsung di Bilik Latihan Pejabat Urusan PUBI Perak di Station 18, Ipoh.

Kursus usahawan yang berimpak tinggi ini dijalankan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan di sekitar Negeri Perak yang ingin memajukan perniagaan masing-masing.

Alhamdulillah, seramai 12 orang peserta telah menyertai bengkel ini telah mempelajari modul latihan yang disediakan oleh eUsahawan Certified Trainer (MDEC).

Antara topik-topik yang telah dipelajari oleh peserta yang menyertai bengkel sepanjang hari tersebut adalah;

  1. Sosial Media Marketing
  2. Digital Marketing
  3. Google Business Marketing

PUBI Perak yakin dengan penganjuran Bengkel Keusahawanan ini akan membantu Ahli PUBI Perak serta para usahawan untuk mendalami ilmu keusahawanan terutamanya di dalam bidang pemasaran yang menggunakan platform social media dan semoga bengkel ini memberi manfaat kepada peserta-peserta yang hadir serta mencapai objektif pelaksanaannya yang tersendiri.

PUBI Perak juga sebagai sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Diyakini PUBI Perak akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mawardah Ahmad Husni
Penolong Bendahari Kehormat PUBI Perak