
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 29hb September 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah NGO Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus usahawan iaitu Bengkel Teknik Pemasaran Facebook dengan kerjasama Inspirasi Al Falah Resource.
Kursus usahawan yang berimpak tinggi ini dijalankan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan di sekitar Negeri Perak yang ingin memajukan perniagaan masing-masing.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Nor Adzman Nali yang juga merupakan mantan Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.
Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah dikongsikan sepanjang bengkel ini seperti Online Marketing, Facebook Ads, Teknik Copy Writing dan bermacam-macam lagi.
Seramai hampir 12 orang peserta yang terdiri daripa usahawan dan bakal usahawan telah menyertai bengkel ini dan telah menimba ilmu yang sangat bernilai dan sangat berguna untuk memajukan perniagan masing-masing.
Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang kursus usahawan ini berlangsung akan memberi manfaat dan kebaikan kepada peserta yang hadir serta memberi impak kepada perniagaan masing-masing.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin di bandaraya Ipoh akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di seluruh negeri Perak.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan. Jom Daftar sebagai ahli PUBI Perak SEKARANG JUGA!
Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kehormat PUBI Perak
KOMEN TERKINI