PUBI PERAK SEBAGAI SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN-USAHAWAN KECIL BERNIAGA SERTA MENINGKATKAT EKONOMI

Terkini Pasar Malam PUBI Perak @ Panorama Lapangan Perdana yang dirancang kini akan dibuka di sepanjang jalan Lebuh Lapangan Perdana 2, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh Perak.

Maklumat Pembukaan Pasar Malam PUBI Perak tersebut adalah seperti berikut;

▶️ Nama Pasar Malam : Pasar Malam PUBI Perak @ Panorama Lapangan Perdana

▶️ Lokasi : Sepanjang Jalan Lebuh Lapangan Perdana 2, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh Perak

▶️ Tarikh Pembukaan : 05hb Oktober 2019

▶️ Hari & Masa : Setiap Sabtu, 4 – 10pm

(BERHAMPIRAN DENGAN TF VALUE LAPANGAN PANORAMA PERDANA)

Oleh itu, PUBI Perak sebagai sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh ingin menjemput penduduk di kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai pada hari pertama pembukaan Pasar Malam ini.


Jom kita support peniaga-peniaga pada hari tersebut!

✅ Sebanyak 50 tapak berniaga dibuka
✅ Beraneka jenis jualan seperti makanan & minuman
✅ Jualan barangan keperluan dapur kering dan basah
✅ Bermacam-macam jenis pakaian dan tudung
✅ Jualan buah-buahan dan sebagainya..

🤗 Tolong hebahkan dan share berita baik ini!!!


Peta Tapak Pasar Malam PUBI @ Panaroma Lapangan Perdana


Kepada mereka yang ingin berniaga di pasar malam ini masih lagi sempat untuk memohon.

Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini. Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh didapati di Pejabat Urusan PUBI Perak SECARA PERCUMA di alamat:

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak
*Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.

NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA

Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya Ipoh ini. Sila hubungi 05-322 3924 untuk pertanyaan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya. Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Nor Zarina Zamzuri
Bendahari Kehormat PUBI Perak