PUBI PERAK JULUNG KALINYA AKAN MENGANJURKAN BENGKEL IMPAK USAHAWAN PUBI PERAK 1.0 DENGAN KERJASAMA PUSAT KHIDMAT ADUN SIMPANG PULAI.

TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA PERAK!

Semua usahawan yang mempunyai potensi untuk perniagaan mereka berkembang maju DIGALAKKAN untuk menyertai Bengkel Keusahawanan ini.

Bengkel ini juga sangat sesuai untuk usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan. Tidak kira umur dan amat sesuai untuk usahawan yang inginkan pengalaman yang baharu dan ilmu baharu untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan mereka.


MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Tarikh: 14hb April 2019 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai Desa Perwira, Persiaran Wira Jaya Barat 54, 31350 Ipoh Perak
*Bersebelahan dengan Surau Al-Amin Desa Perwira.

BAYARAN : PERCUMA (Termasuk sijil penyertaan serta makan/minum)

ATURCARA BENGKEL IMPAK USAHAWAN PUBI PERAK 1.0 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

08.30pg : Pendaftaran peserta

09.00pg : Majlis Perasmian Oleh YB Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak).

09.15pg : Lawatan ke gerai-gerai pameran oleh YB Tan Kar Hing.

09.45pg : Jamuan Pagi

10.00pg : Taklimat E-Usahawan | Bina Website Perniagaan Anda Dalam Masa 30 Minit (Dikendalikan oleh Wakil MDEC)

11.15pg : Forum Keusahawan (Dikendalikan oleh En Sharul Baha selaku Moderator)

Ahli Panel : 

1) Pn Seri Melati Bt Asril (Founder Adily Catering)

2) Pn Aini Safina Bt Jamaludin (Founder Safina Wealth Advisory)

3) Pn Hazlina Hanif @ Kak L (Founder Produk Kecantikan Folio Essence)

12.30ptg : Rehat & Solat 

02.00ptg : Taklimat Agensi : PUNB, SME Corp & Tekun Nasional

03.30ptg : Ceramah Kerohanian bertajuk | Terbongkar: 5 Rahsia Kejayaan Usahawan Muslim | Penceramah Jemputan : Ustaz Kudus Alie Novel

04.45ptg : Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta oleh YB Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak).

05.30ptg : Bersurai


OBJEKTIF BENGKEL IMPAK USAHAWAN 

• Membimbing usahawan tentang asas perniagaan yang perlu mereka tekankan.

• Menekankan kepentingan asas pengetahuan tentang perniagaan agar mudah untuk semua usahawan memperbesarkan perniagaan mereka.

• Membimbing usahawan dan memberi pendedahan supaya dapat merancang perniagaan dengan lebih baik dan tersusun.

• Memastikan perniagaan mereka menguntungkan dengan target market yang berkesan.

• Mengenal pasti cara membina pelan pemasaran yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek.


❗DAFTAR SEKARANG, JANGAN TUNGGU LAGI❗

🔊MEMANG BERBALOI🔊

👉 Tarikh tutup pendaftaran: 08hb April 2019 | Bilangan Peserta adalah TERHAD kepada 50 orang yang membuat pendaftaran awal sahaja.

YURAN PENYERTAAN PERCUMA! (Termasuk sijil penyertaan serta makan/minum)

❗CEPAT DAFTAR TEMPAT SANGAT TERHAD❗