KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD. SELAKU SEBUAH KOPERASI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA AKAN MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG YANG PERTAMANYA SEPERTI YANG TELAH TERMAKTUB DI DALAM PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI.
Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama tidak lama lagi.
Maklumat Mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 07hb April 2019
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama Imam Nafi’, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak.
Perasmi: En. Sharul Baha Abd Rahman, Pengerusi Kopubi Perak Bhd Merangkap Pengerusi Pubi Perak.
Aturcara majlis yang telah ditetapkan adalah seperti berikut;
02:00 ptg : Pendaftaran
02:15 ptg : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis
02:30 ptg : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak & Bacaan Doa
02.45 ptg : Ucapan Perasmian oleh Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.
03.00 ptg : Mesyuarat Agung Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Kali Pertama yang dipengerusikan oleh En.Sharul Baha Abd Rahman.
04.30 ptg : Minum Petang
05.00 ptg : Bersurai
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sangatlah mengalu-alukan kehadiran semua Anggota Koperasi ke Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama ini kerana hari tersebut bakal menjadi hari yang paling bersejarah buat kita semua.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekalian akan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita serta mencapai objektif penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ini.
Kerjasama daripada pihak tuan / puan amat dihargai.
Sekian, Terima kasih.
KOMEN TERKINI