BUAT JULONG KALINYA PUBI PERAK DIBERI PENGHORMATAN UNTUK MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG BERIMPAK TINGGI OLEH EXCO PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERAK!
Anda semua dijemput untuk hadir! Pelbagai acara telah dirancang dan disediakan serta melibatkan banyak agensi kerajaan mahupun swasta!
Maklumat program ini adalah seperti berikut:
TARIKH : 14 APRIL 2019 (AHAD)
MASA : 8.30 PG – 5.30 PTG
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI DESA PERWIRA, RAPAT SETIA, IPOH PERAK.
Antara Agensi Kerajaan yang bakal terlibat pada program ini adalah:
▶️ Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
▶️ Yayasan Perak
▶️ Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)
▶️ Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP)
▶️ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
▶️ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
▶️ Jabatan Penerangan Malaysia
▶️ Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
▶️ Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Semua penduduk di DUN Simpang Pulai boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan yang terlibat secara percuma termasuklah perkhidmatan disediakan seperti:
✅ Pendaftaran Program e-Kasih
✅ Pendaftaran i-Suri
✅ Pendaftaran Program mySalam
✅ Pendaftaran Rumah Perakku
✅ Permohonan Pinjaman Keusahawnan,
✅ Permohonan Biasiswa & Bailtulmal MaipK
✅ Semakan Saman MBI dan Aduan
✅ Pemeriksaan kesihatan PERCUMA serta Kempen menderma darah dan lain-lain lagi..
Ada juga agensi swasta, badan berkanun termasuk NGO akan terlibat di dalam program ini seperti;
☑️ Co-op Bank Pertama
☑️ Bank Rakyat Malaysia
☑️ Astro Malaysia
☑️ Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
☑️ Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd
Pelbagai aktiviti menarik juga akan dijalankan sepanjang hari program ini, antaranya:
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🎪 Pameran & Booth Jualan PUBI Perak
👨💼 Bengkel Impak Usahawan
Wah! Sangat hebat dan menarik sekali! Inilah masa anda untuk turun beramai-ramai ke program ini serta mendapat manfaat daripada program-program yang telah disediakan ini.
Kita sangat beruntung kerana ADUN Simpang Pulai dan juga Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak iaitu YB Tan Kar Hing 陈家兴 akan hadir untuk bersama-sama dengan penduduk setempat untuk beramah mesra.
Dijangka Ahli Parlimen Gopeng merangkap Timbalan Menteri Kesihatan iaitu YB Dr. Lee Boon Chye 李文材医生 juga turut akan hadir pada program ini.
Sebarang pertanyaan tentang program bolehlah menghubungi 053114578 untuk sebarang pertanyaan.
Insyallah..
#ApaKhabar #SimpangPulai #PUBIPerak
Bersempena dengan Program Bersama Agensi Kerajaan DUN Simpang Pulai ini juga.
PUBI Perak selaku penganjur bersama akan mengadakan booth jualan makanan dan minuman.
Semua peniaga yang terlibat adalah dikalangan Ahli Berdaftar PUBI Perak.
Ini memberi peluang kepada ahli PUBI Perak yang berniaga ini untuk mempekenalkan produk dan jualan masing-masing kepada masyarakat setempat.
Disamping itu dapat mengembangkan dan meningkat ekonomi rakyat di Negeri Perak ini secara amnya dan secara khususnya di DUN Simpang Pulai.
Selain itu, Program Bersama Agensi Kerajaan DUN Simpang Pulai 2019 ini juga turut berlangusng sebuah pertandingan mewarna kanak-kanak yang mana melibatkan sekolah tadika dan sekolah rendah disekitar DUN Simpang Pulai.
Dalam pertandingan ini akan dipecahkan kepada dua kategori iaitu;
1) Kategori Tadika bawah 7 Tahun
2) Kategori Sekolah Rendah bawah 10 Tahun.
Tiga Hadiah utama bagi setiap kategori Pertandingan Mewarna ini adalah seperti berikut:
TEMPAT PERTAMA = RM100
TEMPAT KEDUA = RM70
TEMPAT KETIGA = RM50
Disamping beberapa hadiah saguhati akan menanti para peserta yang terlibat.
Dijangka seramai hampir 60 orang murid dari pelbagai sekolah akan menyertai Pertandingan Mewarna ini.
PUBI Perak selaku penganjur bersama program ini juga akan menganjurkan sebuah bengkel keusahawan yang diberi nama Bengkel Impak Usahawan PUBI Perak 1.0 di mana ianya TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA PERAK.
Semua usahawan yang mempunyai potensi untuk perniagaan mereka berkembang maju DIGALAKKAN untuk menyertai Bengkel Keusahawanan ini.
Bengkel ini juga sangat sesuai untuk usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan. Tidak kira umur dan amat sesuai untuk usahawan yang inginkan pengalaman yang baharu dan ilmu baharu untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan mereka.
Tiada bayaran dikenakan untuk Bengkel Impak Usahawan ini.
ATURCARA BENGKEL IMPAK USAHAWAN PUBI PERAK 1.0 ADALAH SEPERTI BERIKUT:
08.30pg : Pendaftaran peserta
09.00pg : Majlis Perasmian Oleh YB Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak).
09.15pg : Lawatan ke gerai-gerai pameran oleh YB Tan Kar Hing.
09.45pg : Jamuan Pagi
10.00pg : Taklimat E-Usahawan | Bina Website Perniagaan Anda Dalam Masa 30 Minit (Dikendalikan oleh Wakil MDEC)
11.15pg : Forum Keusahawan (Dikendalikan oleh En Sharul Baha selaku Moderator)
Ahli Panel :
1) Pn Seri Melati Bt Asril (Founder Adily Catering)
2) Pn Aini Safina Bt Jamaludin (Founder Safina Wealth Advisory)
3) Pn Hazlina Hanif @ Kak L (Founder Produk Kecantikan Folio Essence)
12.30ptg : Rehat & Solat
02.00ptg : Taklimat Agensi : PUNB, SME Corp & Tekun Nasional
03.30ptg : Ceramah Kerohanian bertajuk | Terbongkar: 5 Rahsia Kejayaan Usahawan Muslim | Penceramah Jemputan : Ustaz Kudus Alie Novel
04.45ptg : Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta oleh YB Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak).
05.30ptg : Bersurai
👉 Objektif Bengkel Impak Usahawan
• Membimbing usahawan tentang asas perniagaan yang perlu mereka tekankan.
• Menekankan kepentingan asas pengetahuan tentang perniagaan agar mudah untuk semua usahawan memperbesarkan perniagaan mereka.
• Membimbing usahawan dan memberi pendedahan supaya dapat merancang perniagaan dengan lebih baik dan tersusun.
• Memastikan perniagaan mereka menguntungkan dengan target market yang berkesan.
• Mengenal pasti cara membina pelan pemasaran yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek.
Semoga dengan penganjuran Bengkel Impak Usahawan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada peserta-peserta yang hadir.
Insyallah
KOMEN TERKINI