fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

BENGKEL BRANDING & THE BIZ (SIRI-2)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 5hb Oktober 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah NGO Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus usahawan iaitu Bengkel Branding & The Biz (Siri 2) dengan kerjasama syarikat Impact Media & Communications Sdn Bhd.

Kursus usahawan yang berimpak tinggi ini dijalankan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan di sekitar Negeri Perak yang ingin memajukan perniagaan masing-masing.

Kursus usahawan ini juga dijalankan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan pada penganjuran yang lalu, kursus usahawan berbentuk bengkel ini sangat bermanfaat dan dijalankan bagi membantu usahawan kecil mahupun besar meningkatkan jualan masing-masing melalui penjenamaan atau branding.

Bengkel ini telah berlangsung di Manhattan Hotel Ipoh Perak, di mana hampir 15 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan telah menyertai bengkel ini.

Semua sedia maklum bahawa branding memainkan peranan tersendiri di dalam dunia perniagaan sehingga orang sanggup berbelanja BESAR untuk produk mereka.

Brand yang ingin kita bina tidak akan bangun dan berdiri dengan sendirinya, ia memerlukan ilmu pengetahuan serta kaedah tertentu. Kaedah yang dimaksudkan ini jika tersilap langkah akan menyebabkan kerugian melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga.

Oleh yang demikian, PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang prihatin telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bengkel ini demi mendidik serta memberi ilmu pengetahuan kepada peserta yang hadir.

Alhamdulillah, peserta sangat berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari dan sangat mudah untuk dipraktikkan untuk perniagaan masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin di bandaraya Ipoh akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di seluruh negeri Perak.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.