INFO – TARIKH, FOKUS UTAMA & SENARAI BANTUAN RAKYAT DALAM BELANJAWAN 2024

Belanjawan 2024 diawalkan seminggu walaupun pada kebiasaannya, bajet akan dibentangkan pada hari Jumaat, minggu ketiga bulan Oktober.

Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tidak ada masalah tarikh pembentangan Belanjawan 2024 diawalkan kerana tempoh itu tidak jauh beza.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Geran Agropreneur Muda: Jenis Bantuan, Syarat & Cara Mohon

TARIKH & FOKUS BELANJAWAN 2024

Belanjawan 2024 dijadual dibentangkan pada 13 Oktober 2023.

MEMPERKASA EKONOMI MADANI’

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’ ialah dasar menyeluruh Kerajaan Perpaduan yang berhasrat untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini.

Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

ENAM NILAI MADANI yang dijadikan sebagai paksi utama iaitu, Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.

Memperkasa Malaysia MADANI’ bagi Belanjawan 2024 beriltizam mengangkat Malaysia MADANI yang mempunyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Kerajaan menyasarkan dua dasar iaitu menjadikan Malaysia Peneraju Ekonomi Asia dan memastikan Kehidupan Rakyat yang Berkualiti.

CADANGAN BELANJAWAN 2024

Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2024 untuk memperkasa Malaysia MADANI.

Layari: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/cadangan2024/

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Kementerian Kewangan dipautan https://budget.mof.gov.my/ms/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS