
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 22 dan 23hb Julai 2023 yang lalu, PUBI Perak telah mengadakan Aktiviti Hari Keluarga Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bertempat di Murni Camp, Gopeng Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kempen eDuit Hotspot Negeri Perak 2023
Ini adalah aktiviti Hari Keluarga yang pertama kali diadakan oleh PUBI Perak di kalangan Ahli Jawatankuasa di mana ianya dapat meraikan kepentingan ikatan kekeluargaan serta memahami erti persahabatan yang telah terjalin sekian lama.
Pada hari tersebut, keriangan dan kegembiraan telah tercipta apabila setiap ahli jawatankuasa bersama keluarga masing-masing dapat berkumpul untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan, menjalinkan ikatan antara satu sama lain, serta mencipta kenangan yang berkekalan.
Menghadiri acara ini adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak iaitu En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak, En. Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Kehormat dan juga En Mohamad Nafis selaku Bendahari Kehormat bagi Sesi 2123/27.
Turut hadir pada acara ini adalah barisan Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2123/27 yang terdiri daripada Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Kermormat, Pn Jamaliah, Pn Norhuda, Pn. Nor Azlina, En. Khairul Akmal, Pn. Norhapiza dan juga En. Mohamad Firdaus.
Antara aktiviti hari keluarga yang telah diadakan adalah acara baling bola ping pong masuk ke dalam cawan, acara isi air dalam cawan menggunakan baldi, acara baling belon bersama pasangan dan acara untuk anak-anak ahli jawatankuasa seperti mengisi air di dalam botol menggunakan span serta acara merebut gula-gula coklat.
Setiap pemenang bagi acara-acara yang dijalankan itu akan menerima hadiah istimewa yang mana hadiah tersebut adalah hasil tajaan di kalangan ahli jawatankuasa PUBI Perak dan turut diadakan juga adalah acara cabutan bertuah bagi memeriahkan serta mengamatkan suasana.
Pada sebelah malam pula, telah dianjurkan acara barbeque di mana pelbagai makanan bakar disediakan kepada seluruh keluarga ahli jawatankuasa PUBI Perak dan tidak ketinggalan juga diadakan acara karaoke di mana para ahli keluarga dapat berhibur serta bersantai bersama.
Manakala keesokan hari, untuk aktiviti hari keluarga kedua telah diadakan acara Zumba merupakan senaman yang sesuai untuk semua peringkat umur dengan pelbagai tahap kecergasan dan sesi penyerahan cendramata kepada ahli jawatankuasa bagi pemenang acara-acara yang telah dijalankan semalam.

Setiap pemenang bagi acara-acara yang dijalankan itu telah menerima hadiah istimewa yang mana hadiah tersebut adalah hasil tajaan di kalangan ahli jawatankuasa PUBI Perak.
Pada penutup acara hari keluarga kedua diakhiri dengan sesi mandi-manda bersama ahli jawatankuasa PUBI Perak dan ahli keluarga supaya dapat meluangkan detik- detik terakhir yang bermakna sebelum beransur pulang ke kediaman masing-masing.
Syukur ke hadrat illahi kerana acara yang dirancang ini telah menjalan dengan lancar serta memberi kesan yang mendalam di kalangan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak serta mengeratkan tali siraturahim di kalangan ahli keluarga masing-masing.
Setinggi penghargaan kepada AJK Wanita PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Jamaliah kerana telah mengatur dan menyusun atur acara serta pengisian Hari Keluarga AJK PUBI Perak ini dari awal sehinggalah berjaya dilaksanakan seperti dirancang pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semoga dengan terlaksananya Acara Hari Keluarga AJK PUBI Perak ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama yang terjalin di kalangan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/27 ini seterusnya membawa PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang disegani dan Berjaya di Bandaraya Ipoh ini.
Tidak hairanlah sekiranya PUBI Perak akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI