
PERMOHONAN BAZAR RAMADAN 2025M / 1446H ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH
Sukacita dimaklumkan bahawa PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan bagi tahun 2025 / 1446H di lokasi seperti berikut :-
- Bazar Ramadan Taman Temara
- Bazar Ramadan Station 18
Tuan/Puan yang berminat untuk memohon untuk berniaga di tapak Bazar Ramadan ini bolehlah datang terus ke Pejabat PUBI Perak secara ‘Walk-in’ untuk mendapatkan borang permohonan secara PERCUMA. Tuan/Puan juga boleh mengisi terus borang Permohonan tersebut di Pejabat kami dan membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah ini.
Dokumen yang diperlukan SEWAKTU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN adalah;
- 2x Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Pelesen
- 2x Salinan Kad Suntikan Anti Typhoid
- 2x Salinan Sijil Pengendalian Makanan (KKM)
- 1x Keping Gambar Berukuran Passport
- Bayaran Tapak Seperti Yang Dinyatakan (TUNAI)
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;
- Taman Temara : RM750 (Tapak 10×20) / RM1,500 (Tapak 20×20)
- Station 18 : RM700 (Tapak 10×20) / RM1,400 (Tapak 20×20)
Deposit tapak yang dikenakan adalah sebanyak RM100 dan akan dipulangkan semula apabila segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi oleh peniaga.
NOTA:
- Sila bawa bersama salinan asal setiap dokumen yang dinyatakan di atas untuk pengesahan penganjur semasa menghantar borang permohonan ini.
- Sila hantar borang permohonan ini sebelum atau pada 06hb Feb 2025.
- Untuk pertanyaan, sila hubungi 011-5185 0661 atau 019-577 3924.
- Alamat Pejabat: di Alamat No.83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak (di atas Pasaraya Sakan, Station 18).
Untuk Pertanyaan –> www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadan | www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadan
Link untuk Borang –> https://drive.google.com/file/d/1xMlQg6-xz5k9q2AvkBOJAPWfpKPqOGOb/view?usp=sharing
Info di Facebook –> https://www.facebook.com/share/p/1AznjLKuD5/
Mohon hebahkan info ini, Terima kasih
[PENGANJUR BAZAR RAMADAN PUBI PERAK]
KOMEN TERKINI