MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KOSPEK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb April 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd yang berlangsung bertempat di Dewan KOSPEN, Teluk Intan Perak.

Antara jemputan yang hadir ke Majlis ini adalah sahabat-sahabat Koperator dari daerah Teluk Intan dan sekitarnya dan mewakili KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini adalah Pengerusi, En. Sharul Rahman.

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim selaku Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd kerana sudi menjemput KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini.

Baca Lanjut