REDONE PARTNER GATHERING

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh RedOne Perak Region untuk hadir ke Program Redone Partner Gathering yang telah berlangsung di M Roof Hotel Jalan Dato Lau Pak Khuan, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak.

Menghadiri majlis itu mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan En. Mohamad Nafis merangkap Juruaudit Dalaman Koperasi.

Program yang gilang gemilang ini telah dihadiri oleh COO RedOne Mr. Tee Yew Yaw serta Wakil dari Universiti Sultan Azlan Shah dan Wakil dari Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB).

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT SKM NEGERI PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Ogos 2023 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama Ahli Lembaga yang lain telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak yang terletak di Bangunan Persekutuan Greentown, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada KOPUBI Perak Bhd ini adalah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri iaitu En. Muhammad Akmal bin Ibrahim bersama En. Khairul Fazli bin Haris selaku Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri.

Mewakli Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) pula adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd serta En. Haizul Fakarudin merangkap Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan En. Safuan Ahli Lembaga Koperasi.

Baca Lanjut

SIME DARBY AMBIL ALIH PEGANGAN 61.2 PERATUS UMW HOLDINGS BERHAD, NILAI RM3.57 BILION

INFO-SIME DARBY AMBIL ALIH PEGANGAN 61.2 PERATUS UMW HOLDINGS BERHAD, NILAI RM3.57 BILION

Sime Darby Berhad (Sime Darby) mengumumkan telah memasuki perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mengambil alih pegangan 61.2 peratus PNB dalam UMW Holdings Berhad (UMW).

UMW merupakan sebuah konglomerat terkemuka dengan pelbagai portfolio perniagaan termasuk segmen automotif, peralatan, ruang udara, dan pembuatan & kejuruteraan (M&E).

Mengikut terma perjanjian, Sime Darby akan membeli 61.2 peratus saham PNB dengan bayaran tunai keseluruhan sebanyak RM3.57 bilion, atau RM5 sesaham.

Baca Lanjut

10 LANGKAH MUDAH DAPATKAN SEMULA WANG TAK DITUNTUT (WTD) ANDA SECARA ONLINE

INFO-10 LANGKAH MUDAH DAPATKAN SEMULA WANG TAK DITUNTUT ANDA SECARA ONLINE

Ingat tak dulu pernah viral bila ada ramai rakyat Malaysia yang mula buat tuntutan terhadap Wang Tak Dituntut (WTD). Yer lah, tak sangka ada duit, tiba-tiba bila semak ada banyak pula wang yang entah dari mana boleh dituntut. Sapa tak suka kan? Tapi prosedur nak tuntut masa tu menyebabkan ramai jer yang give up dan biar je tak teruskan. Apatah lagi kalau nilai Wang Tak Dituntut (WTD) tu pon kecil, lagi lah tak semangat.

Tapi jangan risau, sekarang sistem online yang disediakan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) adalah sangat mudah dan tidak menyusahkan. Jom saya kongsikan 10 langkah mudah untuk anda dapatkan semula Wang Tak Dituntut (WTD) anda secara online. Kalau takdak duit pun, takpe kita semak dulu mana tau ada rezeki jatuh dari langit. Ayuh!

Baca Lanjut