KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Ogos 2023 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama Ahli Lembaga yang lain telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak yang terletak di Bangunan Persekutuan Greentown, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada KOPUBI Perak Bhd ini adalah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri iaitu En. Muhammad Akmal bin Ibrahim bersama En. Khairul Fazli bin Haris selaku Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri.

Mewakli Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) pula adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd serta En. Haizul Fakarudin merangkap Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan En. Safuan Ahli Lembaga Koperasi.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua buah entiti ini disamping mendapat maklumat terkini berkaitan hala tuju Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak bagi tahun 2023 serta bantuan-bantuan yang ditawarkan kepada koperasi di Negeri Perak.

SKM Perak adalah sebuah peneraju utama kecermelangan koperasi kepada pembangunan koperasi di Negeri Perak ini dan menyelia kooperator agar mematuhi undang-undang kecil yang telah ditetapkan serta mematuhi akta-akta koperasi yang telah dikuatkuasakan.

Melalui pertemuan ini, En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi juga telah bertukar-tukar pendangan dan pendapat dengan Penolong Pengarah SKM Perak dan mendapatkan input-input penting berkaitan insentif-insentif serta bantuan pembangunan koperasi yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyumbang ke arah menyuburkan gerakan koperasi seterusnya mencapai objektif sosio-ekonomi negara.

En.Sharul juga mengambil peluang menyampaikan infomasi dan perkembangan terkini KOPUBI Perak Bhd serta memaklumkan berkaitan aktiviti ekonomi yang sedang dijalankan oleh KOPUBI Perak Bhd dan pada waktu yang sama mempekenalkan produk-produk yang dipasarkan oleh koperasi.

Insyallah dengan perancangan yang teliti, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad berpeluang untuk mengekalkan kestabilan sektor koperasi serta pakar di dalam bidang yang diceburi di Negara kita ini di samping mencapai visi serta misi penubuhan KOPUBI iaitu menjana pendapatan yang konsisten pada masa hadapan.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #KOPUBIPerakBhd