‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KISAH KEHIDUPAN – ‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KUALA LUMPUR: “Rasa sebak saat mengikat tali kafan arwah, jenazahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.”

Demikian pengalaman dikongsi Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila diberi tanggungjawab mengetuai pengurusan jenazah pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus.

Menurutnya, pihaknya tiba di Masjid As-Sobirin, Keramat pada 8.45 pagi tadi dan selang beberapa minit jenazah Almarhum dibawa dari kediamannya.

Baca Lanjut

SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

TERKINI – SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020 yang lalu.

Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa dan terbaharu pembayaran BPN fasa 2 telah dibuat bermula 4 Mei 2020 yang lalu.

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula tarikh yang dinyatakan. Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Baca Lanjut

PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi iaitu PUBI Zoom Meeting ‘Sembang Santai’ bertajuk Pasca Covid-19: Norma Baharu, Usahawan Sudahkah Kita Bersedia?

Melalui program ini, PUBI Perak telah menjemput 3 orang ahli panel yang hebat untuk berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing berkaitan tajuk yang diutarakan disamping memberi semangat dan motivasi kepada peserta yang terlibat.

Ahli panel ini adalah mereka yang berlatarkan usawahan yang berpengalaman serta memiliki kepakaran di dalam bidang perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

JENAZAH ALMARHUM DATUK ISMAIL KAMUS, SELAMAT DIKEBUMIKAN

TERKINI – JENAZAH ALMARHUM DATUK ISMAIL KAMUS, SELAMAT DIKEBUMIKAN

Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, dimaklumkan kira-kira jam 11 pagi tadi, jenazah telah selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham selesai diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Baca Lanjut