“SEMOGA MENDAPAT SYAHID…” – PU AZMAN TITIP DOA BUAT ARWAH TIGA BERADIK LEMAS

KISAH KEHIDUPAN: “SEMOGA MENDAPAT SYAHID…” – PU AZMAN TITIP DOA BUAT ARWAH TIGA BERADIK LEMAS

Pada Syawal yang kelima, Malaysia digemparkan dengan berita tragedi tiga beradik meninggal dunia setelah lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Dimaklumkan, mayat ketiga-tiga beradik sudah pun ditemui oleh pasukan penyelamat dan jenazah telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.

Tragedi yang menimpa tiga beradik ini nyata menyentuh hati ramai, termasuklah pendakwah selebriti, PU Azman yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Baca Lanjut

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SENARAI PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Berikut adalah Kenyataan media YAB Menteri Besar Perak berkenaan Pengumuman Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak;

Baca Lanjut

3 BERADIK LEMAS: MAYAT TERAKHIR TIGA BERADIK DITEMUI

3 BERADIK LEMAS: MAYAT TERAKHIR TIGA BERADIK DITEMUI

OPERASI mencari dan menyelamat tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, petang semalam berakhir dalam tempoh 24 jam apabila ketiga-tiga mangsa ditemui hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa, Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Hilman Abdul Rashid berkata, pihaknya memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian jam 6.30 petang semalam.

Baca Lanjut

PROGRAM JELAJAH KASIH KUMPULAN PUBI 2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 20hb Mei 2020 yang lalu, Team Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dan juga Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) telah mengadakan program kebajikan iaitu Program Jelajah Kasih Kumpulan PUBI 2020.

Baca Lanjut