SELAMAT ULANGTAHUN KE-4 PUBI PERAK

SELAMAT ULANGTAHUN KE-4 PUBI PERAK

Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana dengan izinNya dan limpah kurniaNya, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) kini berusia genap 4 tahun.

Semoga PUBI Perak akan menjadi salah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang disegani serta kompiten disamping menjaga kebajikan ahli-ahli yang bernaung dibawahnya.

BERAKHLAH | BERILMU | BERMOTIVASI

Ikhlas Daripada,
Seluruh Ahli Jawatankuasa Induk & Anggota Kabinet PUBI Perak

CARA KEMASKINI AKAUN BANK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

INFO – CARA KEMASKINI AKAUN BANK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang terdiri dari pembayar cukai berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelulusan akan diberikan secara automatik sekiranya individu tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Walau bagaimana pun, setiap pembayar cukai yang layak menerima BPN perlu memastikan maklumat akaun bank yang terdapat dalam data percukaian LHDN adalah terkini, betul dan tepat. 

Pihak LHDN menyarankan kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai data percukaian dengan LHDN agar mengemaskini maklumat akaun bank bagi memudah proses penyaluran BPN.

Baca Lanjut

BUDAK 3 TAHUN MELECUR DISAMBAR API KETIKA PEGANG BOTOL ‘HANDSANITIZER

KISAH KEHIDUPAN – BUDAK 3 TAHUN MELECUR DISAMBAR API KETIKA PEGANG BOTOL ‘HANDSANITIZER

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak ini dikatakan sedang membakar sampah di satu kawasan berdekatan dengan halaman rumah mereka.

Mangsa yang dikenali dengan nama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut sambil di tangannya memegang botol hand sanitizer.

Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar pada bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Baca Lanjut

NURSAHIRA: ‘MAAFKAN SAYA POLIS, SAYA MENYESAL’

NURSAHIRA: ‘MAAFKAN SAYA POLIS, SAYA MENYESAL’

PENDANG: “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan saya polis… saya akan jadikan ia sebagai pengajaran bermakna,” kata pembantu kedai, Nursahira Mohd Mizuar, 20.

Itu luahan penyesalan Nursahira yang dituduh menghina polis menerusi Facebook pada 27 Mac lalu dan berjanji akan mengubah kelakuan menjadi wanita yang lebih baik.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Khamis lalu yang membenarkan permohonan Nursahira menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 ibarat peluang kedua kepada wanita itu.

Baca Lanjut