NURSAHIRA: ‘MAAFKAN SAYA POLIS, SAYA MENYESAL’
PENDANG: “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan saya polis… saya akan jadikan ia sebagai pengajaran bermakna,” kata pembantu kedai, Nursahira Mohd Mizuar, 20.
Itu luahan penyesalan Nursahira yang dituduh menghina polis menerusi Facebook pada 27 Mac lalu dan berjanji akan mengubah kelakuan menjadi wanita yang lebih baik.
Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Khamis lalu yang membenarkan permohonan Nursahira menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 ibarat peluang kedua kepada wanita itu.
BACA KISAH KEHIDUPAN: Dulu Pengutip Sampah, Bila Jutawan Jadi Dermawan Bantu Orang Di Dalam Kesusahan
Mahkamah Sesyen pada 31 Mac lalu, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas Nursahira mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
Dia gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan dua bulan ke atasnya.
Nursahira berkata, sifat marah dan suka meluahkan perasaan di media sosial perlu dielakkan kerana ia boleh memberi kesan negatif dalam hidup.
“Kejadian ini menyedarkan saya bahawa sikap mudah marah boleh memakan diri, jadi saya harap orang ramai di luar sana tidak melakukan kesilapan yang sama seperti saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kiara Mas, di sini, hari ini.
Kisah Nursahira yang ditahan selepas memuat naik komunikasi jelik melalui Facebook terhadap anggota polis tular di media sosial dan mendapat perhatian umum.
Nursahira dikatakan marah dengan tindakan polis yang mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul di Pendang pada 27 Mac lalu.
Remaja ‘Hantar’ Pulang Mayat Kekasih Direman Empat Hari –>
Kes Nursahira mendapat perhatian usahawan Muhamad Azlan Abdullah @ Ali dari Besut, Terengganu, yang bersimpati dengan keluarga Nursahira dan beliau bersedia menjelaskan kos guaman sehingga kes itu selesai, selain menjelaskan wang ikat jamin gadis itu sebanyak RM5,000.
Muhamad Azlan berkata, tindakannya membantu gadis yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu bukanlah kerana bersetuju dengan perbuatan menghina pihak berkuasa, sebaliknya mahu kes itu menjadi iktibar kepada semua pihak bahawa jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada sesiapa sahaja.
“Saya cuma bantu kerana fikir mungkin masa tu Nursahira tak sedar akibat perbuatannya, tambahan pula ayah Nursahira beritahu anaknya sedikit ‘istimewa’ dan memang tidak boleh berkasar kerana dia akan memberontak dalam diam.
“Dalam keadaan sekarang tugas anggota dan pegawai polis sangat mencabar dan susah payah pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sangat dihargai, jadi janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka, seeloknya kita beri kerjasama yang baik kepada semua pihak,” katanya.
Konon Jumpa Bayi, Rupanya Anak Sendiri! –>
Sumber: BH Online
KOMEN TERKINI