SESI TANDATANGAN PERJANJIAN SEWAAN PREMIS DI SERI ISKANDAR PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian penyewaan sebuah premis di Bandar Seri Iskandar Perak bagi tujuan operasi pekhidmatan penghantaran barang (courier) di bawah jenama J&T Ekspress.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan juga Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams dan telah disaksikan oleh seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn Lynn serta seorang wakil hartanah premis berkenaan iaitu Miss Gladys.

Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut