COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

PUTRAJAYA – Selepas melonjak kepada 62 kes semalam, angka positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan kepada tiga angka iaitu 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 15 kes import dan 85 kes penularan dalam negara.

“Bagi penularan dalam negara, ia melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Baca Lanjut