TABUNG USAHAWAN 2020 KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Hak Ekslusif Rakan Niaga di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat Wira Wahyu Enterprise.

KOPUBI sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin telah mengeluar sejumlah modal dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi pembelian Produk keluaran syarikat iaitu iaitu ‘Minyak Aroma Therapy Bidara Leman & Cengkih’.

Melalui perjanjian usahasama ini, pihak Wira Wahyu bersetuju untuk melatih sehingga berjaya sekurang-kurangnya 5 orang anak muda untuk menjalankan perniagaan jualan langsung seterusnya akan menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Baca Lanjut

WHO UMUM COVID-19 SEBAGAI NAMA RASMI BAGI KORONAVIRUS

TERKINI – WHO UMUM COVID-19 SEBAGAI NAMA RASMI BAGI KORONAVIRUS

Koronavirus yang telah menjangkiti lebih 43, 100 orang yang melibatkan 12 negara terjejas telah dinamakan dengan sebagai Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebryeses memaklumkan pada Selasa dalam satu sidang media bahawa, Huruf CO bermaksud Corona, VI untuk virus manakala D pula untuk penyakit.

Virus tersebut pada sebelum ini selalu dirujuk sebagai 2019-nCoV. Terdros berkata bahawa pihak agensi perlu mencari nama-nama yang tidak merujuk kepada mana-mana lokasi geografik, haiwan, individu atau mana-mana pihak.

Baca Lanjut