REMAJA PEREMPUAN 18 TAHUN MATI DIPUKUL OLEH ABANG ANGKAT DI IPOH

TERKINI – REMAJA PEREMPUAN 18 TAHUN MATI DIPUKUL OLEH ABANG ANGKAT DI IPOH

IPOH – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul di rumah mangsa di Persiaran Pengkalan Timur, Taman Desa Pakatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa, Siti Sufiah Halim Ong ditemui meninggal dunia ketika ibunya mahu mengejutkan anaknya kira-kira jam 7.30 pagi Sabtu.

Memetik Bernama, menurut beliau, polis telah menahan suspek berusia 24 tahun dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.

Baca Lanjut

BERI PELUANG KOPERASI JALANKAN PERNIAGAAN AP

BISNES – BERI PELUANG KOPERASI JALANKAN PERNIAGAAN AP

PUTRAJAYA, 22 Feb — Sektor koperasi seharusnya turut diberi peluang bagi mendapatkan permit atau lesen import (AP) untuk kenderaan asing, kata Pengerusi Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) Mohd Arif Adenan.

Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengekalkan permit AP dalam Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) semalam dilihat sebagai peluang ekonomi untuk sektor tersebut.

“Ini adalah masanya apabila AP ini diteruskan tidak semestinya mesti diteruskan denga cara lama. Jadi kita berharap agar kerajaan boleh melihat semula pemberian AP agar turut ditawarkan kepada koperasi,” katanya.

Baca Lanjut