INFO – SIAPA SANGKA, RAMLY BURGER KINI SEBUAH SYARIKAT BERNILAI RM1 BILLION
KUALA LUMPUR: Kumpulan Ramly (Ramly) atau popular dengan nama Ramly Burger iaitu pengusaha perniagaan daging sejuk beku dan burger, menyasar peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus kepada RM1.2 bilion pada tahun ini berbanding RM1 bilion pada 2019.
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, berkata sasaran itu berdasarkan kepada permulaan operasi kemudahan barunya di Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Selangor pada Jun ini yang mampu meningkatkan penghasilan produk sebanyak enam kali ganda.
Beliau berkata, kemudahan berprestasi tinggi dan terbesar di rantau ini bakal menghasilkan produk burger, frankfurter, nugget dan meatball dengan lebih banyak dan cepat iaitu pada kadar 5 tan sejam bagi setiap satu produk untuk fasa pertama.
Jom baca kisah 5 usahawanita yang sangat berjaya di Malaysia –>
“Sebagai permulaan Ramly melabur melebihi RM500 juta bagi mewujudkan keupayaan empat barisan pengeluaran.
“Selepas itu, kumpulan akan menambah dua barisan pengeluaran dengan pelaburan tambahan sehingga RM1 bilion dalam jangka masa tiga tahun lagi.
“Bila kemudahan ini beroperasi kelak, ia mampu menghasilkan enam juta keping daging burger sehari berbanding sejuta keping daging burger ketika ini.
“Malah kami juga mampu untuk meneroka pasaran tempatan dan juga eksport kerana mempunyai bekalan yang lebih banyak.
“Ini kerana ketika ini permintaan tinggi tetapi pengeluaran rendah dan tidak mampu mencapai sasaran. Lantaran itu dengan kemudahan baru, kami berharap ia mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan dan eksport,” katanya selepas majlis Dana Transformasi Pendigitalan Industri (IDTF) Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) di sini hari ini.
Ramly menjadi penerima dana pertama IDTF yang bertujuan merancakkan industri dalam menerapkan teknologi pintar.
Pencuci Pinggan Jadi Tokey Sabun –>
RAMLY BURGER SASAR PENDAPATAN RM1.2 BILION TAHUN INI
Ramly yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap menghasilkan daging burger sendiri dengan bermodalkan RM2,000 pada 1978 kini menjadi jenama utama di kalangan pengguna Malaysia.
Gerai burger pertamanya di buka di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, yang menjual daging burger mentah dan siap dimasak.
Pelbagai cabaran dihadapinya dalam memasarkan dan menaikkan jenama Ramly sehinggalah beliau mempunyai kemudahan pembuatan sendiri yang mampu menghasilkan 10,000 keping daging burger sehari sehingga kini 1 juta keping sehari dan bakal meningkatkan kepada 6 juta keping sehari.
Siapa Sangka Pengasas ‘Burger Ramly’ Sebenarnya Orang Perak –>
Mengulas lanjut, Ramly berkata, ketika ini 70 peratus pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan manakala 30 peratus untuk pasaran eksport.
Namun beliau berkata, pihaknya menyasarkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, 30 peratus adalah untuk tempatan manakala 70 peratus untuk pasaran eksport.
Katanya, peningkatan pengeluaran menjadikan kumpulan berupaya untuk menguasai pasaran tempatan dan menumpukan kepada peningkatan pasaran eksport.
“Kami juga meninjau pasaran eksport baru seperti Jepun selain negara Asia bagi pemasaran produk Ramly yang ketika ini mempunyai sebanyak 108 produk SKU
“Selain itu, kami juga mahu mengukuhkan lagi jenama dengan meningkatkan lagi rangkaian Ramly Halal Mart dan Ramly Halal Kiosk kepada lebih 450 kedai pada tahun ini berbanding 16 kedai Ramly Halal Mart dan 12 kedai Ramly Halal Kiosk ketika ini.
“Begitu juga dengan usahawan gerai burger kami, ketika ini dalam 25,000 hingga 30,000, namun selepas ini kami menyasarkan 50,000 hingga 100,000 usahawan gerai burger. Kami mahu rangkaian Ramly berada di seluruh negara dan rantau ini,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
KOMEN TERKINI