MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 26hb Oktober 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dijemput untuk menhadiri Majis Pelancaran Program Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran bersama NGO PAWANA dan Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Baca Lanjut

KISAH KEJAYAAN JUTAWAN BERAS MALAYSIA, FAIZA BAWUMI

WANITA INI MERUPAKAN SALAH SATU CONTOH WANITA YANG BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN WALAUPUN BERSTATUS SEORANG ISTERI DAN IBU.

Semua orang pasti kenal dengan jenama beras Herba Ponni Taj Mahal keluaran syarikat Faiza bukan? Kita juga mesti telah familiar dengan susuk wanita yang sering muncul dikaca televisyen bagi memberi sumbangan melalui program Bersamamu TV3. 

Dilahirkan di Mesir dengan nama Faiza Bawumi Sayed Ahmad, wanita ini mula menjejakkan kaki ke Malaysia mengikut suaminya pada tahun 1964. Pada mulanya Hajah Faiza mengaku yang dia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Tetapi setelah 3 bulan, beliau akhirnya dapat menguasai bahasa ini.

Baca Lanjut